PETALING JAYA – PCCS Group Bhd. (PCCS) anak syarikat La Prima Medicare Pte Ltd (LPM) telah memeterai perjanjian pengedaran eksklusif dengan pengeluar berpangkalan dari China, Shanghai Shenqi Medical Technology Co. Ltd. (Shenqi) untuk pasaran di Asia Pasifik.
Pengarah Urusan PCCS, David Chan Wee Kiang berkata, melalui perjanjian tersebut, LPM telah dilantik sebagai pengedar eksklusif untuk produk perubatan Shenqi yang dikenali sebagai Drug Coated Balloon (DCB) untuk rantau Asia Pasifik kecuali China dan Jepun.
“Kami berbangga bahawa sebuah syarikat yang terkenal seperti Shenqi telah memilih kami sebagai rakan niaga. Perjanjian yang dimeterai ini adalah hasil daripada usaha berterusan kami dalam kajian dan ujian.
“Kami bukan syarikat yang meneroka bidang perubatan bandwagon secara tiba-tiba, kami begitu serius dan fokus terhadap bidang tersebut serta optimis mengenai masa depan untuk PCCS,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.
Wee Kiang menjelaskan, melalui perjanjian tersebut, Shenqi memberi hak eksklusif kepada LPM untuk mengedar, sub edar, mengiklan, mempromosi dan memasarkan produknya.