fbpx

Malaysia perlu bersedia hadapi peningkatan kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PETALING JAYA – Malaysia perlu bersedia menghadapi peningkatan kes Covid-19 dalam negara dan rakyat dinasihatkan agar berterusan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) serta elakkan keluar rumah bagi mengekang penularan wabak tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes harian Covid-19 di Malaysia kini menunjukkan trend peningkatan yang ketara bermula 1 April lalu.

“Trend peningkatan ini akan mengakibatkan lonjakan mendadak dalam jumlah kes positif Covid-19 di seluruh negara,” katanya menerusi satu ciapan di laman Twitter hari ini.

Menurut Noor Hisham, negara perlu bersedia menghadapi situasi lebih buruk susulan peningkatan tersebut.

“Bantu kami (Kementerian Kesihatan (KKM)) dengan mengelakkan keluar rumah. Hanya secara bersama-sama kita mampu memutuskan rantaian jangkitan virus Covid-19 daripada terus menular.

“Mengabaikan fakta dan data serta memberikan alasan untuk keluar dari rumah tidak akan membantu. Sekiranya sangat perlu untuk keluar rumah seperti urusan kerja, sila patuhi segala SOP yang telah ditetapkan,” tegas beliau. – K!ONLINE

kapsyen – Perkongsian graf oleh Noor Hisham di laman Twitternya memaparkan peningkatan mendadak jumlah kes Covid-19 di Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI