fbpx

Lelaki Indonesia maut tertimbus bawah tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengusung keluar mayat mangsa yang tertimbus bawah tanah sedalam 10 kaki.

KUCHING – Seorang lelaki warga Indonesia maut setelah tertimbus bawah tanah di Bulatan Bandar Baru Samariang, Jalan Sultan Tengah di sini hari ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mangsa sedang melakukan kerja-kerja pemasangan paip di kedalaman 10 kaki sekitar pukul 5 petang tadi.

“Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba 10 minit kemudian sejurus tiba di lokasi.

“Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa dikenali sebagai Daniel, 25, berasal dari Sambas, Indonesia.

Operasi menyelamat mangsa telah dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya yang diketuai oleh Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Azaharul Sahari. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI