fbpx

Lebih 24 juta rakyat Indonesia selesai suntikan vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Koordinator Sektor Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartato. - IST

JAKARTA – Indonesia mengumumkan telah berjaya memberikan 24.81 juta dos vaksin Covid-19 kepada penduduknya setakat kelmarin, lapor portal telisik.id.

Menteri Koordinator Sektor Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartato yang juga bertindak sebagai Ketua Jawatankuasa Pemulihan Ekonomi Nasional (KPCPEN) berkata kerajaan kini dalam landasan terbaik bagi mencapai imuniti kelompk.

“Vaksin fasa pertama adalah 14.93 juta dos dan fasa kedua adalah 9.88 juta dos,” kata Airlangga yang ditemani oleh Ketua Pasukan Petugas Kawalan Covid-19, Doni Monardo dan Menteri Kesihatan, Dante Saksono Harbuwono.

Tambah beliau, bagi memenuhi keperluan vaksinasi masyarakat, kerajaan juga akan terus mengimport bekalan vaksin dari luar negara.

“Bekalan baharu vaksin Covid-19 jenis Sinovac sebanyak 8 juta dos akan tiba esok (hari ini). Sehingga kini, jumlah keseluruhan vaksin yang telah diterima adalah sebanyak 83.9 juta dos,” jelasnya.

Dalam pada itu, Airlangga memberi jaminan bahawa kerajaan terus meningkatkan kawalan dan perhatian ke atas varian Covid-19 dari luar negara. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI