fbpx

Khabar angin Lim Kok Wing meninggal palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lim Kok Wing

PETALING JAYA – Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT) menafikan khabar angin bahawa Pengasasnya, Tan Sri Lim Kok Wing telah meninggal dunia hari ini.

Pengerusi Majlis Pentadbir Universiti (LUCT), Prof. Datuk Dr. Raduan Che Ros berkata, Kok Wing dimasukkan ke sebuah hospital pada Rabu lalu ekoran positif Covid-19.

“Khabar angin itu tak betul. Ramai yang bertanyakan perkara ini dan saya perlu jelaskan bahawa Kok Wing tidak meninggal dunia.

“Dia masih hidup dan sedang berehat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI