fbpx

Kertas siasatan Awie langgar SOP siap minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DATUK AWIE

MELAKA – Kertas siasatan melibatkan Datuk Awie yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Tempoh Kawalan Pergerakan (PKPP) dalam satu majlis amal pada 7 Mei lalu akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya, minggu ini.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner Razali Abu Samah memberitahu, kertas siasatan berhubung kejadian yang klip videonya turut tular di laman sosial itu telah hampir lengkap.

“Kertas siasatan membabitkan artis Datuk Awie hampir lengkap, namun kita masih lagi memanggil saksi-saksi yang ada.

“Selesai sahaja nanti, rasanya dalam minggu ini kita akan hantar kertas siasatan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya dan lihat apa keputusan mereka nanti (untuk pendakwaan),”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di sebuah pusat beli-belah di sini, hari ini.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan Datuk Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman dipanggil pihak polis negeri bagi membantu siasatan susulan satu klip video yang tular di laman sosial berhubung pelanggaran SOP di sebuah hotel di Jalan Hang Tuah.

Klip video berdurasi 42 saat itu menunjukkan beliau dan beberapa individu dipercayai daripada persatuan beca telah melanggar SOP PKPP dengan tiada penjarakan sosial dan tidak memakai pelitup muka.

Siasatan telah dilakukan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan Pemulihan ),No.3,2021.

Pihak penganjur dan vokalis Wings itu kemudian dilaporkan telah hadir memberi keterangan kepada pihak polis pada 10 Mei lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI