fbpx

Kempen Goodday Milk bantu golongan kurang bernasib baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kempen Goodday Milk memberi peluang kepada masyarakat membuat amal kebajikan di dalam bulan puasa yang lalu.

PETALING JAYA – Goodday Milk melancarkan kempen Goodday Sebarkan Kebaikan bertujuan untuk menggalakkan masyarakat menyumbang kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd., Yee Pek Kuan berkata, kempen yang dijalankan sepanjang Ramadan lalu memberi peluang kepada orang ramai membuat kebajikan hanya dari kediaman mereka sendiri.

Menurutnya, kempen tersebut bersesuaian dengan suasana di dalam bulan Ramadan yang mana umat Islam tidak dapat melakukan amal jariah di tempat terbuka berikutan wabak Covid-19 yang membimbangkan.

“Sebagai jenama yang me­nitik­beratkan kebaikan masyarakat dan pengguna, Goodday melancarkan kempen ini bagi memastikan golongan kurang berkemampuan tidak dilupakan walaupun dalam situasi sukar.

“Kami sangat berbesar hati dapat menjayakan kempen tersebut di bulan yang mulia.

“Kami berharap melalui kempen ini, masyarakat dapat memberikan sumbangan yang besar kepada badan amal dan individu memerlukan,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Menerusi kempen Goodday Sebarkan Kebaikan, pengguna hanya perlu membeli sebarang produk Goodday Milk atau Tropicana bernilai minimum RM15 dalam satu resit.

E-mel dan sistem pesanan ringkas (SMS) akan dihantar untuk memaklumkan pengguna setelah resit disahkan dalam masa 48 jam, sebelum membuat pilihan sekiranya mereka ingin menebus e-kredit Touch ‘N Go bernilai sehingga RM30 atau menyumbang ke rumah penja­gaan orang tua iaitu Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia.

Tambah Pek Kuan, sepanjang pandemik ini, Goodday Milk juga telah menjalankan beberapa kempen untuk kebaikan pengguna dan masyarakat termasuk menjalankan sesi moreh secara maya dan perkongsian dengan aplikasi navigasi Waze yang membolehkan rakyat Malaysia membeli-belah di pasar raya yang kurang sesak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI