fbpx

Kementerian Luar sedia bantu selaras urusan jemaah haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin

PUTRAJAYA – Kementerian Luar sedia membantu menyelaraskan urusan jemaah haji Malaysia mengikut bidang kuasa dan kapasiti kementerian itu jika kebenaran menunaikan ibadah itu diberikan kerajaan Arab Saudi tahun ini.

Menterinya, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, buat masa ini, Malaysia masih menunggu pengumuman rasmi daripada pihak kerajaan Arab Saudi berhubung perkara berkenaan.

“Sekiranya ibadah haji dibenarkan, ia turut melibatkan umat Islam dari luar Arab Saudi dan kita perlu meneliti jumlah keseluruhan jemaah dari seluruh dunia yang dibenarkan serta kuota untuk jemaah haji Malaysia,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, setiap agensi dan pihak berkuasa terlibat perlu bekerjasama bagi memastikan rakyat Malaysia yang akan ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah haji tahun ini mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) termasuk berkaitan keperluan vaksinasi yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Katanya, beliau senada dengan kenyataan dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri semalam mengenai pelaksanaan ibadah haji.

Kosmo! Online semalam melaporkan, kerajaan dan Lembaga Tabung Haji (TH) masih menunggu pengumuman rasmi daripada kerajaan Arab Saudi berkaitan jumlah kuota jemaah haji negara, kriteria pemilihan dan kaedah pelaksanaan ibadah untuk musim haji kali ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI