fbpx

HRPZ II hadkan bilangan peneman pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

KOTA BHARU – Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini terpaksa mengehadkan jumlah peneman pesakit di hospital itu bagi menggelak berlakunya penularan jangkitan Covid-19 yang berpunca daripada golongan terbabit.

Pengarahnya, Datuk Dr. Selasawati Ghazali berkata, hospital itu kini menetapkan polisi bahawa peneman hanya diberikan kepada pesakit benar-benar memerlukan.

Katanya, terlebih dahulu, peneman perlu disahkan bebas daripada segala jangkitan kerana bimbang mereka akan menjadi punca kepada penularan Covid-19 kepada orang lain terutamanya petugas hospital.

“Mereka yang dibenarkan perlu menjalani ujian saringan terlebih dahulu bagi memastikan mereka tiada jangkitan.

“Sebelum ini, pihak hospital telah mengehadkan jumlah pelawat dan peneman bagi melindungi wad. Kini, kita perlu memperketatkan lagi arahan ini supaya tidak berlaku penularan di hospital,” katanya ketika ditemui pemberita di HRPZ II di sini semalam.

Mengulas lanjut, menurut Selasawati, sekiranya peneman pesakit dibiarkan bebas keluar dan masuk wad, ia dibimbangi mungkin menjadi punca atau membawa gejala yang dikhuatiri menular sekali gus menjangkiti orang lain.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI