fbpx

Dua lelaki ditahan jual air ketum di kawasan pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sejumlah air ketum yang dirampas di Taman Berlian, Butterworth tengah malam tadi.

SEBERANG PERAI – Dua lelaki ditahan polis di kawasan taman permainan di Taman Berlian, Butterworth di sini selepas didapati membawa sejumlah air ketum di dalam dua kotak polisterin tengah malam tadi.

Suspek berusia 32 dan 33 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.40 tengah malam oleh pasukan polis yang melakukan pemantauan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 112 bungkus air ketum diletakkan di dalam dua kotak polisterin dipercayai untuk dijual di sekitar Pantai Bersih, Butterworth oleh suspek.

“Mereka mendakwa mendapat bekalan air ketum daripada rakan di Taman Penaga, Kepala Batas untuk dijual pada harga RM7 sebungkus.

“Siasatan turut mendapati suspek terlibat dalam kegiatan itu sejak kira-kira tiga bulan lalu,” katanya kepada pemberita hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI