fbpx

Dua lelaki dicekup bungkus dadah di jirat Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi jirat Cina di Cheng, Melaka yang dijadikan 'port' mengedar dadah jenis heroin oleh kedua-dua suspek.

MELAKA – Dua lelaki dicekup polis selepas menjadikan tanah perkuburan Cina sebagai ‘port’ mengedar dadah dalam serbuan di Cheng, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, kedua-dua tokan yang ditahan berusia 40 dan 42 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, suspek berjaya dicekup ketika sedang leka membungkus dadah jenis heroin di salah sebuah jirat di kawasan tersebut.

“Hasil risikan, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah telah menangkap dua lelaki tokan dadah di sebuah tanah perkuburan Cina, petang semalam.

“Hasil pemeriksaan, kita menjumpai empat paket plastik lutsinar dipercayai dadah jenis heroin seberat 18 gram yang baru dibungkus oleh suspek di jirat tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, soal siasat dilakukan, suspek mengakui baru sahaja menjadikan tanah perkuburan Cina itu sebagai ‘port’ mengedar dadah kepada penagih setempat.

“Sebelum ini mereka mendakwa mengedar di tapak pelupusan sampah di Krubong, namun terpaksa berpindah selepas pasukan polis selalu membuat serbuan di lokasi berkenaan.

“Suspek kemudian menjadikan jirat Cina itu sebagai lokasi baharu sejak beberapa hari lalu untuk mengelak kegiatan mereka dihidu pihak polis,” katanya.

Tambahnya, hasil saringan ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif morfin dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Katanya, suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI