fbpx

Diva Popular warisi kegilaan Pengantin Popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIVA Popular merupakan kesinambungan naskhah fenomena, Pengantin Popular yang disiarkan lebih 20 tahun lalu.

KONFLIK antara dua diva tanah air, Fauziah atau Ogy Ahmad Daud dan Erma Fatima pernah mengemparkan industri hiburan sekitar tahun 1990-an sehinggakan menjadi kontroversi seteruskan mencetuskan idea penghasilan sebuah telefilem bertajuk Pengantin Popular pada 1994.

Angkara paparan naratif berdasarkan kisah sebenar industri seni tempatan, di samping lenggok perbualan unik sesama watak yang turut menjadi ikutan ketika itu, telefilem berkenaan pantas membakar fenomena.

Selepas 27 tahun, perang dua diva itu kembali panas menerusi dalam drama 21 episod bertajuk Diva Popular arahan Rashid Sibir terbitan Rumah Karya Citra.

Diperkuatkan dengan skrip tulisan Erma Fatima sendiri, Diva Popular masih mengekalkan Fauziah Ahmad Daud dan pengarah handalan itu sebagai pelakon utama dibantu oleh Tiz Zaqyah, Nabila Huda, Ben Amir dan Syafiq Kyle sebagai penyeri kehangatan.

WATAK pelakon yang langsung tidak berbakat, Erma Erika oleh Nabila Huda menerusi drama Diva Popular berjaya menggeletek hati ramai.

Menemui penonton melalui Slot Dramatix, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam menerusi Awesome TV dan MyTV, Diva Popular memaparkan kesinambungan orang ego tidak berkesudahan antara anak-anak Diva Popular Dato Rona Alfonso (Erma Fatima) dan Lola Kartika (Fauziah Ahmad Daud) yang merupakan musuh azali.

Bukan hanya dalam bidang lakonan, Rona Alfonso dan Lola Kartika bahkan bersaing dalam semua hal, termasuk perebutan seorang lelaki sama sehingga tercetusnya perang besar antara mereka

Sejarah lebih dua dekad kini berulang apabila perkara sama berlaku kepada anak-anak mereka iaitu Ika Natalia (Tiz Zaqyah) dan Erma Erika (Nabila Huda).

ERMA FATIMA meneruskan kegilaan dan keegoan Rona Alfonso lakonannya dalam Pengantin Popular 27 tahun lalu menerusi drama Diva Popular, karya tulisannya sendiri.

Kedua-duanya merupakan pelakon sedang meningkat naik dan berebut seorang pelakon lelaki bernama Syazwan (Ben Amir).

Erma Erika mempunyai ramai pengikut dalam sosial media. Dia digambarkan sebagai pelakon kayu yang tidak berbakat dan masa sama bergelar YouTuber dengan suara ke laut.

Ika Natalia pula pernah merangkul anugerah berpaksikan populariti dan kini bercita-cita untuk menjadi pelakon terbaik. Malangnya, Ika Natalia tidak berdisiplin dan dalam masa sama hanyut bercinta dengan Syazwan.

Pertelingkahan antara Ika Natalia dan Erma Erika telah melibatkan kedua ibu mereka, Rona Alfonso dan Lola Kartika yang menyebabkan kembali meletusnya perang besar antara keluarga diva itu.

Drama rantaian Diva Popular kini boleh disaksikan secara siaran tertunda melalui laman sesawang rasmi Awesome TV di www.awesometv.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI