fbpx

60 kematian Covid-19 dicatatkan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 60 lagi kes kematian Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian di Malaysia sebanyak 2,369 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes harian pula merekodkan sebanyak 7,289 kes menjadikan jumlah kes positif sebanyak 525,889 kes.

“Angka kes aktif dengan kebolehjangkitan pula mencatatkan sebanyak 63,458 kes manakala, sebanyak 726 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 373 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Kes sembuh mencatatkan sebanyak 3,789 kes hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh adalah sebanyak 460,062 kes,” katanya pada ciapan Twitter beliau di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI