fbpx

3 penumpang tren alami pendarahan otak, 2 patah tulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah HKL, Datuk Dr. Heric Corray bercakap pada sidang media khas mengenai kemalangan dua LRT yang bertembung dari arah Gombak dan Kelana Jaya di Hospital Kuala Lumpur. FOTO : AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengesahkan seramai enam penumpang tren Transit Aliran Ringan (LRT) telah mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL), sejak malam tadi.

Pengarah HKL, Datuk Dr. Heric Corray berkata, tiga daripada pesakit itu dilaporkan kritikal kerana mengalami pendarahan otak dan telah diintubasi.

“Dua lagi pesakit patah tulang, seorang mangsa dimasukkan ke wad dan seorang lagi yang patah tulang belakang masih di Jabatan Kecemasan dan Trauma menunggu untuk dimasukkan ke Wad Ortopedik. Keadaan mereka stabil.

“Manakala seorang lagi pesakit dibenarkan pulang atas risiko sendiri ke Hospital Thompson setelah menerima rawatan pembersihan dan jahitan luka di kelopak mata atas (sebelah kiri),” ujarnya ketika sidang akhbar di HKL, di sini hari ini.

Jelasnya, seramai 19 pesakit pula telah dirawat di zon kuning (zon separa kritikal) dan seorang mangsa telah dimasukkan ke wad dengan kecederaan tisu-tisu lembut pada anggota badan.

“Selebihnya baki 18 orang lagi sudah dibenarkan pulang yang mana telah menerima rawatan pembersihan dan jahitan luka,” ujarnya.

Sementara itu, katanya, 42 lagi mangsa dirawat di zon hijau (tidak kritikal) dengan 39 pesakit yang mengalami kecederaan tisu-tisu lembut telah dibenarkan pulang.

“Tiga daripada jumlah pesakit itu mengambil risiko sendiri untuk ke hospital swasta,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI