fbpx

26 PATI ditangkap kali pertama masuk Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATI Indonesia dicekup selepas cuba memasuki negara ini buat kali pertama.

KUALA SELANGOR – Sekumpulan 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia yang pertama kali mahu memasuki negara ini terpaksa berputih mata apabila diberkas di ladang kelapa sawit Sungai Janggut, Jalan Tambak Jawa, Jeram di sini hari ini.

Mereka termasuk empat wanita berusia 17 hingga 53 tahun ditangkap pukul 9 pagi selepas lima jam mendarat di pesisir pantai Sungai Janggut.

Kejayaan itu hasil kerjasama Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Maritim Malaysia ( APMM) berdasarkan maklumat diterima pihak berkuasa itu.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamed berkata, hasil siasatan awal mendapati kesemua PATI itu membayar RM1,500 setiap seorang bagi memasuki negara ini buat pertama kali.

Katanya, PATI itu bergerak dari Tanjong Balai, Indonesia pukul 3.30 pagi semalam sebelum tiba pukul 4 hari ini.

“Kesemua PATI itu gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan sah dan memasuki negara ini melalui laluan laut yang tidak diwartakan sebelum mendarat di pesisir pantai sungai tersebut.

“Kita percaya mereka sedang menunggu ‘transporter’ di ladang itu bagi membawa mereka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau menegaskan kesemua PATI berkenaan dibawa ke Balai Polis Jeram untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/1963. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI