fbpx

128 keluarga PKPD Kuala Teh terima bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD ZAKHWAN (kiri) menunjukkan pek barangan keperluan dapur untuk diagihan kepada penduduk di penempatan Rumah Banjir Kuala Teh di Jerantut.

JERANTUT – Seramai 128 ketua keluarga di penempatan Rumah Banjir Kuala Teh di sini yang hampir terputus bekalan makanan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menarik nafas lega selepas menerima barangan keperluan makanan daripada kerajaan negeri.

Bantuan keperluan makanan itu diserahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin kepada wakil penduduk yang akan diberikan kepada setiap buah rumah di kampung berkenaan.

Mohd Zakhwan berkata, bantuan barang keperluan dapur seperti beras, telor, sardin, minyak masak dan sebagainya kepada 496 penduduk itu adalah untuk tempoh seminggu dan akan disalurkan lagi mengikut keperluan semasa.

“Kita segera mengagihkan bantuan makanan ini memandangkan semasa pelaksanaan PKPD dibuat kebanyakan penduduk kampung belum membuat persediaan membeli barangan keperluan dapur.

“Kerajaan negeri begitu komited dan ambil peduli masalah penduduk dengan mengagihkan bantuan ini bagi memastikan mereka memperoleh bekalan secukupnya sebelum tempoh penguatkuasaan PKPD berakhir pada 4 Jun depan,”katanya di sini, hari ini.

Pelaksanaan PKPD di penempatan Rumah Banjir Kuala Teh di sini dilaksanakan bermula 22 Mei hingga 4 Jun depan selepas 43 penduduk di kampung berkenaan didapati positif Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI