fbpx

[VIDEO] Neelofa beri keterangan isu pelitup muka di IPD Seremban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Neelofa hadir memberi keterangan di IPD Seremban hari ini. Foto oleh MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE

SEREMBAN – Selebriti, Noor Neelofa Mohd. Noor hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban berhubung laporan mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka seperti mana diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Noor Neelofa yang berpakaian baju berwarna kuning tiba di pekarangan IPD Seremban pada pukul 10.15 pagi dengan menaiki kereta BMW dan ditemani suaminya Muhammad Haris Mohd. Ismail.

Difahamkan, Noor Neelofa turut diiringi dua orang pengawal peribadi bersama dua orang peguam ketika hadir memberi keterangan sebentar tadi.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan, pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap Noor Neelofa susulan terkesan berita di laman sesawang ‘Kosmo! Online’ yang tular di mana selebriti itu hadir ke Mahkamah Majistret di Kompleks Mahkamah Seremban, Khamis lalu dengan mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka.

Laporan polis diterima kerana tindakan Noor Neelofa tidak mematuhi prosedur operasi standard pemakaian pelitup muka sepertimana diwajibkan pihak KKM kepada semua orang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI