fbpx

Tabung Haji galakkan transaksi online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan.

PETALING JAYA – Pelanggan Lembaga Tabung Haji (TH) menjadikan transaksi online sebagai pilihan utama mereka ketika pandemik Covid-19 dan mencatatkan hampir 80 peratus transaksi kewangan berlaku dalam talian.

TH menerusi satu kenyataan menyarankan agar para pendepositnya terus meningkatkan penggunaan perkhidmatan dalam talian online sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengurangkan interaksi bersemuka di kaunter cawangan TH seluruh negara berikutan penularan Covid-19 yang amat membimbangkan pada masa kini.

Pengarah Eksekutif Operasi, Tuan Haji Mustakim Mohamad berkata, para pendeposit dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan online yang disediakan oleh TH iaitu THiJARI.

“THiJARI merupakan perkhidmatan online yang dilancarkan pada awal tahun lalu bagi memudahkan para pendeposit untuk melakukan transaksi dan menerima perkhidmatan TH secara online.

“Antara perkhidmatan yang disediakan secara online itu adalah menyemak akaun, mencetak penyata, pindahan wang, perkhidmatan berkaitan haji termasuk pendaftaran, surat tawaran dan rayuan haji serta turut memaparkan maklumat tentang Kelab TaHa.

“Para pendeposit juga boleh melakukan transaksi di mesin pengeluaran tunai (ATM), mesin deposit tunai (CDM) dan Perbankan Internet empat rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB Bank,” katanya di sini hari ini.

TH amat komited dalam menggalakkan para pendeposit untuk melakukan transaksi online selaras dengan saranan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara sebagai usaha membantu mengekang penularan wabak Covid-19 dari terus merebak.

“Kami juga telah menambah lagi perkhidmatan melalui THiJARI di mana pengguna kini boleh melakukan pindahan simpanan dari mana-mana bank ke dalam akaun TH melalui FPX secara online dan masa nyata (real-time) tanpa perlu hadir ke cawangan TH.

“Pengguna hanya perlu layari laman sesawang www.thijari.com.my atau aplikasi THiJARI untuk menggunakan perkhidmatan baru tersebut secara percuma,” tambah beliau. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI