fbpx

Polis buru wanita sebar berita palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan wanita itu mendakwa KKM menyembunyikan punca sebenar kematian pemanah negara, Allahyarham Haziq Kamaruddin akibat pengambilan vaksin AstraZeneca.

PETALING JAYA – Seorang wanita diburu polis selepas menyebarkan berita palsu dengan mendakwa Kementerian Kesihatan (KKM) menyembunyikan punca sebenar kematian pemanah negara, Allahyarham Haziq Kamaruddin akibat pengambilan vaksin AstraZeneca.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima satu laporan polis yang dibuat seorang pelajar wanita pada Sabtu lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

“Kita telah menerima laporan polis yang dibuat oleh pelajar berkenaan berhubung rakaman video yang didakwa memaparkan berita palsu mengenai kematian pemanah negara akibat vaksin AstraZeneca.

“Rakaman video berdurasi tiga minit 34 saat itu telah dimuat naik di status WhatsApp dan Instagram milik seorang wanita warga tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, suspek mendakwa kematian mangsa akibat saluran darah tersumbat berpunca dari vaksin AstraZeneca dan KKM tidak melaporkan jumlah kes positif dengan tepat.

“Polis kini sedang sedang mengesan wanita berkenaan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Orang ramai juga diseru untuk tidak sewenang-wenang menularkan sebarang maklumat yang tidak sahih. Tindakan ini boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat,” ujarnya.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi tiga minit 34 saat di media sosial yang memaparkan seorang wanita mendakwa kematian Allahyarham Haziq Kamaruddin adalah disebabkan vaksin AstraZeneca yang mengakibatkan saluran darah tersumbat.

Allahyarham Haziq Kamaruddin menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.37 pagi sejurus dikejarkan ke Hospital Kajang selepas dilaporkan rebah di rumahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI