fbpx

Permaisuri Agong jamu kek cawan kepada petugas barisan hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kek cawan air tangan Permaisuri Agong yang disajikan kepada petugas barisan hadapan di CPRC Putrajaya dan Hospital Kuala Lumpur, hari ini. /FOTO ISTANA NEGARA

PETALING JAYA – Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengurniakan kek cawan hasil air tangan baginda kepada petugas perubatan di Putrajaya dan Kuala Lumpur, hari ini.

Istana Negara dalam kenyataan di laman Facebook dan Instagram berkata, kek tersebut disajikan kepada petugas barisan hadapan di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) di Putrajaya dan Hospital Kuala Lumpur.

“Seri Paduka Baginda amat prihatin dan menghargai khidmat bakti, komitmen serta pengorbanan yang dicurahkan petugas barisan hadapan tanpa mengira masa dan penat lelah dalam memikul tanggungjawab memerangi penularan wabak Covid-19,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“Pengubat lelah penawar duka barisan hadapan Covid-19. Saya yang bukan barisan hadapan pun berasa bangga serta gembira dengan pemberian ikhlas Tuanku. Daulat Tuanku,” kata pemilik akaun bernama Noranizan Harun.

“Kalau namanya air tangan seorang ibu mesti sedap. Ampun Tuanku,” balas seorang netizen bernama Faiz Nazari. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI