fbpx

[VIDEO] Penumpang cedera, tren brek mengejut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelihatan penumpang LRT yang cedera akibat kejadian itu, hari

PETALING JAYA – Beberapa penumpang tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dilaporkan cedera dalam satu kejadian dipercayai akibat tren brek secara mengejut, hari ini.

Rapid KL menerusi laman Facebooknya berkata, berlaku satu insiden di laluan Kelana Jaya membabitkan dua buah tren.

Pihak Rapid Kl turut memohon maaf atas kejadian tersebut dan akan menyelesaikan secepat mungkin.

Kelihatan darah penumpang pada lantai tren.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya mengesahkan kejadian tersebut.

“Berdasarkan laporan awal yang diterima, tren berkenaan telah brek mengejut dan bukan disebabkan pelanggaran.

“Beberapa penumpang telah terjatuh dan tercedera. Kita akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Petugas sedang sibuk memberikan rawatan kepada mangsa yang cedera.

Sementara itu, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memaklumkan bahawa perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya sedang berhadapan dengan satu insiden yang melibatkan tren bernombor 40 dan 81.

“Pasukan kami sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat sekarang. Sila bertenang dan patuhi segala arahan.

“Kami memohon maaf atas segala kebimbangan dan kerisauan. Pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan dan mengawal keadaan,” ujarnya ringkas. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI