fbpx

Pemilik Facebook N9 Radar beri keterangan isu Nilai 3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

SEREMBAN – Pemilik akaun laman sosial Facebook N9 Radar hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi membantu siasatan berhubung kenyataan yang didakwa boleh menyebabkan kegentaran awam dan menimbulkan kekeliruan kepada orang awam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, pemilik akaun Facebook N9 Radar itu tiba di IPD Nilai pada pukul 3 petang dan memberi keterangan selama satu jam.

“Pemilik akaun Facebook N9 Radar telah hadir memberi keterangan pada pukul 3 petang dan selesai pada pukul 4 petang tadi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Berita berkaitan: Polis siasat isu Nilai 3

Menurut Mohd. Fazley, siasatan terhadap kes tersebut dijalankan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana kenyataan yang menyebabkan kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian perkhidmatan. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI