fbpx

Pasangan suami isteri miliki 2,400 biji pil kuda dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pil kuda dan wang tunai yang dirampas selepas menahan pasangan suami isteri di Kampung Padang Embun, Pasir Mas semalam. / FOTO IHSAN PDRM

PASIR MAS – Sepasang suami isteri yang dipercayai terlibat dengan sindiket pengedaran dadah dicekup dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Padang Embun di sini semalam.

Dalam serbuan pada pukul 6.30 petang itu, polis merampas sebanyak 2,400 biji pil kuda dianggarkan bernilai RM24,000.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, pihaknya turut merampas wang tunai berjumlah RM12,550.

Menurutnya, kedua-dua suspek berusia 33 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

“Hasil semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung tangkapan tersebut dan mengenal pasti dalang disebalik sindiket itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut beliau, pihaknya akan melipatgandakan operasi bagi membanteras pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI