fbpx

Operasi Kasino Genting ditutup bermula tengah malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Semua operasi membabitkan kasino di pusat peranginan Genting Highlands, dekat Bentong akan ditutup sepenuhnya bermula tengah malam ini.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan ketika diminta mengulas mengenai aktiviti di kasino berkenaan yang masih berjalan seperti biasa, walaupun selepas dikaitkan dengan beberapa kes positif Covid-19.

“Buat masa ini memang (kasino) masih beroperasi dan kita sudah mengarahkan pasukan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong melakukan pemantauan bagi memastikan pihak terbabit mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuatkuasa tengah malam ini

“Kita tidak mengeluarkan kompaun kepada mereka (pengendali kasino) kerana mereka mempunyai kebenaran untuk beroperasi sebelum ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kebanyakan premis lain di sekitar pusat peranginan terbabit sudah menghentikan operasi mereka sejak minggu lalu.

Pada 7 Mei lalu Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 16 daripada 28 pelancong dari Alor Setar, Kedah yang dikatakan mengunjungi Genting Highlands positif Covid-19.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada kumpulan pelancong terbabit mengunjungi kasino terbabit atau tidak.

Pada Jumaat lalu, Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan SOP lebih ketat dikenakan terhadap sektor ekonomi, berkuatkuasa esok.

Difahamkan, operasi pusat perjudian berlesen termasuk kasino terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI