fbpx

Olimpik diteruskan biarpun darurat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IOC mengesahkan bahawa saingan Olimpik tetap diteruskan biarpun Jepun terus melaksanakan perintah darurat.– AFP

TOKYO – Pegawai Senior Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), John Coates menegaskan Sukan Olimpik 2020 Tokyo tetap diteruskan biarpun Kerajaan Jepun meneruskan perintah darurat.

Akibat pendemik Covid-19 di­lihat semakin membimbangkan dan jangkitan terus meningkat di Jepun bandar mahupun sebahagian wilayah di negara ‘Matahari Terbit’ itu kemungkinan dilanjutkan.

Coates, yang juga Naib Pre­siden IOC yang menjaga temasya tersebut berkata, Olimpik turut tidak akan dibatalkan atau ditangguhkan sekalipun pakar perubatan negara matahari terbit itu menyeru berbuat demikian.

“Kami sudahpun menerima pandangan daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) termasuk nasihat perubatan dan saintifik berhubung perkara ini.

“Kesemuanya telah kami te­rapkan dan membuat garis panduan bagi memastikan Olimpik selamat untuk dimainkan dan terjamin daripada sudut kesihatan.

“Jadi, Olimpik di Tokyo tetap akan dijalankan meskipun darurat dilaksanakan ataupun sebaliknya,” kata Coates.

Dalam pada itu, IOC akan mengadakan mesyuarat pada akhir bulan Jun ini bagi membuat keputusan sama ada Olimpik, yang akan bermula 23 Julai depan diteruskan atau tidak.

Jika temasya tersebut tidak berlangsung, bermakna ia dibatalkan dan bukannya ditangguhkan seperti tahun lalu.

Tokyo, Osaka dan beberapa wilayah lain kini berada dalam keadaan darurat susulan peningkatan kes Covid-19 dan dijadualkan berakhir 31 Mei ini, namun dijangka ia akan dilanjutkan.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI