fbpx

NLD kekal wujud selagi penyokongnya wujud – Suu Kyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suu Kyi menegaskan bahawa NLD akan wujud selagi penyokongnya wujud kerana parti itu ditubuhkan untuk orang ramai. – AFP

YANGON, MYANMAR – Presiden parti Liga Demokrasi Nasional (NLD), Aung San Suu Kyi menegaskan parti pimpinannya yang digulingkan kerajaan junta tentera akan ‘kekal wujud selagi penyokongnya wujud’.

Suu Kyi yang kini berada dalam tahanan memberikan komen pertamanya itu sejak ditahan, ketika bertemu dengan peguamnya, Min Min Soe.

Menurut Min Min, pemimpin awam itu kelihatan sihat dan penuh dengan keyakinan.

“Suu Kyi berharap para penyokongnya kekal sihat dan menegaskan bahawa NLD akan wujud selagi penyokongnya wujud kerana parti itu ditubuhkan untuk orang ramai,” ujarnya.

Kelmarin, junta tentera Myanmar mengugut untuk membubarkan NLD selepas mendakwa berlakunya penipuan kertas undi dalam pilihan raya 2020, kata seorang pegawai.

Ketua junta, Min Aung Hlaing memberi justifikasi penipuan dalam pilihan raya pada November lalu sebagai sebab tentera menumbangkan kerajaan pimpinan Suu Kyi pada 1 Februari lepas.

Suu Kyi berdepan dengan penundaan perbicaraan mahkamah selama berminggu-minggu selain peguamnya turut berdepan kesukaran untuk berjumpa dengannya.

Perbicaraan seterusnya dijangka berlangsung pada 7 Jun ini.

Pada Februari lepas, Suu Kyi ditahan dan parti NLD pimpinannya telah digulingkan junta tentera sehingga mengakibatkan Myanmar dilanda huru-hara selain ekonominya lumpuh. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI