fbpx

Neelofa bantu 11 penghuni pangsapuri Kampung Sireh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nezalani (kiri) menyampaikan sumbangan kepada 11 keluarga yang terkesan akibat kejadian letupan sebuah kereta, pada Jumaat lalu.

KOTA BHARU – Pertubuhan Kasih Neelofa membantu 11 buah keluarga yang tinggal di pangsapuri Kampung Sireh di sini apabila rumah mereka rosak akibat kejadian sebuah kereta membawa muatan mercun meletup, pada Jumaat lalu.

Pengerusinya, Noor Neelofa Mohd. Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa berkata, beliau terpanggil untuk membantu keluarga terbabit selepas mengetahui mengenai kejadian itu menerusi aplikasi WhatsApp kumpulan keluarganya.

Katanya, beliau terus berniat untuk tampil membantu penduduk di situ selepas mendapat perkhabaran daripada salah seorang saudaranya yang tinggal di Kampung Sireh turut terkesan akibat letupan itu.

Sehubungan itu, beliau telah meminta wakilnya yang berada di Kota Bharu supaya mengesan keluarga yang mengalami kerosakan rumah masing-masing untuk dibantu.

“Kita sudah agihkan bantuan wang tunai kepada 11 keluarga terbabit yang terkesan bagi membolehkan mereka membaiki kerosakan di rumah.

“Saya harap dengan bantuan disumbangkan hari ini dapat meringankan beban keluarga di pangsapuri itu,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Pertubuhan Kasih Neelofa, Nezalani Nawi kepada 11 penduduk di Pangsapuri Kampung Sireh hari ini.

Dalam perkembangan lain, Neelofa berkata, pihaknya kini menjalankan kerja dan aktiviti kebajikan untuk kepentingan masyarakat yang memerlukan.

Katanya, tumpuannya akan diberikan kepada golongan asnaf, ibu tunggal, orang kelainan upaya ( OKU) dan anak yatim. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI