fbpx

Lima lagi PKPD dilaksanakan di Sabah, Pahang, dan Labuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan tentang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokasi di Sabah, Pahang dan Wilayah Persekutuan Labuan susulan peningkatan kes positif Covid-19 di kawasan tersebut.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD itu akan melibatkan tiga daerah di Sabah iaitu Putatan, Kalabakan dan Tawau, serta tiga mukim dalam Daerah Lipis di Pahang dan lima Sub-zon di Labuan.

“Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 21 kes positif daripada 282 ujian saringan di dua lokaliti di Daerah Putatan iaitu di Taman Seri Ketiau dan Taman Desa Seri Ketiau manakala di Daerah Kalabakan pula seramai sembilan individu dikesan positif menerusi ujian saringan yang dilakukan di Ladang Felda Global Ventures (FGV), Kalabakan Selatan.

“Sebanyak 17 kes positif turut direkodkan di Kampung Sungai Imam di Tawau, Sabah manakala di tiga mukim dalam Daerah Lipis, Pahang iaitu Mukim Kuala Lipis, Mukim Penjom dan Mukim Budu pula sebanyak 132 kes positif telah dilaporkan dalam tempoh 24 hari,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Ismail Sabri, KKM turut mengesahkan bahawa kadar kebolehjangkitan di Labuan pada 23 Mei lalu adalah 2.55 iaitu melebihi 2.00 yang berkemungkinan akan berlaku jangkitan dengan skala yang lebih besar.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPD di kesemua daerah serta lokaliti yang telah dinyatakan bermula 26 Mei hingga 8 Jun depan.

“Bagi lima Sub-zon dalam Wilayah Persekutuan Labuan pula kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD bermula dari 26 Mei ini sehingga 24 Jun depan,” ujar beliau.

Tambah beliau, pelaksanaan PKPD berkenaan adalah untuk mengawal pergerakan penduduk di kesemua kawasan terlibat seterusnya mengekang penularan jangkitan Covid-19 ke komuniti lain. -K!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI