fbpx

Lagi isu sebar berita palsu tentang vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita yang berkongsi tentang keburukan vaksin di Instagramnya mengundang padah apabila dihentam netizen di semua media sosial.

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita yang dipercayai menyebarkan berita palsu mengenai vaksin di Malaysia menerima padah apabila dia mula menerima kecaman dari netizen sejak semalam.

Tangkap layar yang dimuat naik menunjukkan bahawa wanita tersebut menyarankan kepada semua pengikut di Instagramnya untuk tidak mengambil vaksin kerana mendengar cerita dari seorang doktor pakar tentang keburukan vaksin yang diberikan oleh rakyat Malaysia.

“Saya cakap berdasarkan apa yang saya tahu saja. Jujur kata, saya bukan jenis yang suka buat kajian. Saya hanya sampaikan apa yang saya tahu dari ibu saya dan juga majikan ibu saya yang merupakan doktor pakar,” jelasnya pada Instagram ‘story’.

Menurut seorang pengguna laman Twitter, @Nadhh11, mengajak wanita tersebut untuk berdebat kerana wanita itu mempunyai hujah mengenai isu vaksin. Tetapi, berdebat menggunakan fakta, bukan dengan dengar kata orang lain.

“Awak ada hujah, jadi mari berdebat. Sebelum itu pastikan hujah awak tidak bermula dengan ‘ada orang kata’ atau ‘ada orang cakap’. Tunjukkan fakta dan statistik tentang perkara yang awak kata itu,” ciapnya di Twitter.

“Ambil vaksin boleh meninggal dunia, tidak ambil pun meninggal dunia. Jadi, jangan sesuka hati sebarkan perkara begitu kerana dikhuatiri ibu awak akan dibuang kerja atas kenyataan yang awak keluarkan,” ciap @nisyaazln.

“Siapa wanita ini? Siapa pula yang ramai-ramai tanya pada dia isu vaksin? Apa kelayakan dia untuk cakap soal vaksin? Kenapa tanya dia?,” soal @DayangAlmahera bertalu-talu.

Setelah menerima banyak kecaman yang hebat dari netizen di media sosial, wanita tersebut mengambil langkah untuk membuat permohonan maaf di Instagramnya mengenai isu yang disebarkan olehnya tentang keburukan vaksin. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI