fbpx

KTMB tingkatkan rondaan, elak pencerobohan landasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang tular baru-baru ini menunjukkan beberapa individu yang menceroboh landasan KTMB.

PASIR MAS – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan meningkat rondaan dalam usaha mengekang aktiviti pencerobohan landasan kereta api yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab.

KTMB dalam satu kenyataan berkata, rondaan oleh anggota pasukan polis bantuan agensi berkenaan bagi memastikan penduduk berhampiran landasan tidak melakukan aktiviti tersebut yang boleh membahayakan nyawa mereka.

“Rondaan yang lebih agresif itu dilakukan bermula 21 Mei lalu di kawasan landasan bermula pukul 7 pagi hingga 7 malam bagi mengelakkan daripada berlaku pencerobohan.

“KTMB mengambil serius perkara ini kerana tidak mahu isu kemalangan di kawasan landasan terus berulang,” kata kenyataan itu hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial gambar segelintir individu yang menceroboh masuk ke kawasan landasan sehingga pemandu tren terpaksa memperlahan pergerakan bagi mengelakkan sebarang insiden buruk berlaku.

Mengulas lanjut, KTMB memberitahu, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mereka yang memasuki premis KTMB tanpa sebarang alasan kukuh selain surat amaran akan dikeluarkan.

Katanya, jika individu yang ditangkap itu melakukan kesilapan sama, KTMB akan membawanya ke balai polis untuk tindakan lanjut.

“KTMB merayu kepada penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran landasan supaya sentiasa patuh kepada arahan. Pencerobohan itu dibimbangi boleh menambahkan lagi kerugian kepada KTMB.

“Kita memerlukan kerjasama orang ramai untuk mengemukakan laporan sekiranya melihat pencerobohan itu berlaku,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI