fbpx

Kapasiti 11 wad Covid-19 cecah 98 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas barisan hadapan HRPZ II diletakkan dalam keadaan bersiap sedia di Bahagian Kecemasan dan Trauma hospital itu. /FOTO ZULHANIFA SIDEK.

KOTA BHARU- Kapasiti katil dan wad di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini yang digunakan untuk menempatkan pesakit Covid-19 kini sudah mencecah 98 peratus.

Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Selasawati Ghazali berkata, keadaan itu menyebabkan pihaknya terpaksa menambah 10 wad lagi untuk menempatkan pesakit sehingga menjadikan 11 wad digunakan di hospital itu.

“Sekitar bulan Mac lalu, kita hanya sediakan 14 katil untuk wad Covid-19 dengan empat katil bagi Unit Rawatan Rapi (ICU) dibuka. Bagaimanapun, ekoran kes yang meningkat di Kelantan sejak kebelakangan ini, kita terpaksa menambah kapisiti katil di wad berkenaan.

“Buat masa ini, jumlah katil di wad biasa sebanyak 198 katil manakala bagi pesakit Covid adalah 238 katil. Bagi wad ICU pula, kita juga menambah daripada empat kepada 42 katil bagi menampung kemasukan pesakit ,” katanya.

Wad pesakit Covid-19 di HRPZ II, Kota Bharu kini sudah 98 peratus penuh.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Pusat Rawatan Harian di HRPZ II, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, secara keseluruhan, pihaknya kini sedang berusaha menambah ruangan wad untuk pesakit wabak itu mengikut keperluan semasa.

Katanya, pesakit yang ditempatkan di wad HRPZ II adalah bagi jangkitan kategori empat dan lima iaitu yang memerlukan bantuan pernafasan, berisiko termasuk golongan warga emas yang mempunyai penyakit kronik.

“Bagi kategori satu, dua dan tiga pesakit akan ditempatkan di Pusat Kuarantin Risiko Rendah (PKRC) untuk pemantauan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI