fbpx

Geng curi tabung ekzos kereta diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anuar (tengah) melihat barangan yang dirampas selepas penahanan lapan lelaki yang disyaki terlibat mencuri tabung ekzos kenderaan.

PETALING JAYA – Seramai lapan individu ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri tabung ekzos kenderaan di beberapa lokasi berasingan pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Serbuan telah dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sekitar kawasan Taman Desa, Kuala Lumpur; Kampung Sungai Tua, Batu Caves dan Taman Kota Pendamar, Klang.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kesemua lelaki yang ditahan merupakan warga tempatan berusia 21 hingga 32 tahun dan aktif mencuri tabung ekzos kenderaan sejak awal tahun ini.

“Serbuan pertama telah dilakukan di tiga lokasi berbeza sekitar kawasan Taman Desa, Kuala Lumpur pada pukul 12 tengah hari membabitkan enam suspek.

“Empat suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah di bawah kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah manakala dua lagi tidak mempunyai rekod jenayah.

“Siasatan mendapati, mereka mengaku terlibat dalam kegiatan mencuri tabung ekzos kenderaan di sekitar ibu negara sebelum menjual kepada seorang lelaki,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Anuar, serbuan seterusnya dilakukan di Kampung Sungai Tua, Batu Caves membabitkan seorang suspek berusia 21 tahun kerana dipercayai membeli tabung ekzos kenderaan yang dicuri.

“Siasatan lanjut mendapati, keseluruhan hasil penjualan barangan curi yang dibeli suspek berjumlah RM119,310. Ia berdasarkan resit jualan yang dirampas pada 1 April lalu sehingga 20 Mei.

“Hasil pengakuan suspek membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki berusia 26 tahun kira-kira pukul 10.50 malam di Taman Kota Pendamar, Klang pada Sabtu lalu.

“Serbuan turut berjaya merampas pelbagai barangan antaranya tabung ekzos(33), penapis ekzos(30), resit penjualan(7), gergaji besi(6) dan beberapa kenderaan. Keseluruhan rampasan bernilai kira-kira RM200,000,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI