fbpx

CITF lapor polis individu sebar berita palsu mengenai PICK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar status Facebook individu dikenali Irwan Sanei yang didakwa menyebar berita palsu mengenai perbelanjaan kerajaan untuk PICK.

PUTRAJAYA – Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) hari ini membuat satu laporan polis terhadap pemilik sebuah akaun Facebook, Irwan Sanei kerana menyebarkan berita palsu mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menerusi kenyataan akhbar dikeluarkan hari ini, CITF berkata, hantaran oleh Irwan itu jelas palsu dan menimbulkan salah faham kepada orang awam.

Menurutnya, secara keseluruhan, negara ini telah membelanjakan RM5 bilion bagi PICK yang merangkumi kos pelaksanaan program itu sendiri.

“Anggaran untuk perolehan vaksin sahaja adalah sekitar RM3.5 bilion dan ia sudah dijelaskan mengikut kenyataan berikut, https://www.vaksincovid.gov.my/upload/media/KENYATAAN_MEDIA_PECAHAN_
PERUNTUKAN_RM5_BILI.pdf.

“Pada masa ini, kami telah membelanjakan RM3.5 bilion untuk mendapatkan bekalan vaksin yang mencukupi bagi 120 peratus penduduk negara ini (38.5 juta orang),” katanya.

CITF berkata, oleh kerana kebanyakan vaksin yang diperoleh adalah vaksin dua dos, maka jumlah dos yang diperoleh Malaysia adalah 73.5 juta dos.

Jelasnya, ia bukan 32 juta dos sebagaimana didakwa Irwan Sanei.

Dalam pada itu, CITF berkata, sebagai perbandingan, Singapura membelanjakan SGD1 bilion (RM3.1 bilion) untuk penduduknya seramai 5.7 juta orang (11.4 juta termasuk dua dos yang diperlukan untuk penduduk).

“Berdasarkan maklumat ini, perolehan bekalan vaksin oleh Malaysia nampaknya lebih adil dan lebih kompetitif daripada negara-negara lain,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI