fbpx

Arab Saudi ketatkan larangan buat golongan antivaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jururawat menanti kehadiran penerima vaksin di pusat vaksinasi di Riyadh, Arab Saudi. - AFP

RIYADH – Kerajaan Arab Saudi dilaporkan semakin tegas dalam mengetatkan peraturan terhadap golongan antivaksin dengan beberapa larangan tertentu.

Setakat ini, larangan yang dikenakan ke atas mereka yang enggan mengambil suntikan vaksin adalah tidak boleh mengerjakan ibadah umrah atau haji, sekatan perjalanan ke luar negara dan menyekat akses ke universiti, pusat beli-belah dan premis pekerjaan dalam usaha meningkatkan jumlah penduduk yang mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Golongan ini memberi ancaman berbahaya bukan hanya kepada kerajaan tempatan malahan dunia dalam memerangi virus Covid-19, demikian menurut pakar kesihatan.

Sehingga kini, kerajaan Arab Saudi hanya mengizinkan jemaah yang divaksinasi atau mereka yang telah pulih dari Covid-19 dalam tempoh enam bulan sebelumnya untuk menunaikan haji beserta umrah sepanjang tahun.

Langkah serupa dijangka berlaku untuk giliran ibadah haji tahunan yang akan menjadi syarat utama bagi umat Islam mengunjungi kota suci di negara itu, kata sumber rapat kerajaan.

Bulan ini, hanya warganegara yang sudah divaksin diizinkan melakukan perjalanan ke luar negara selepas kerajaan membuka semula sempadan antarabangsa selepas hampir dua tahun ditutup.

Dalam pada itu, Arab Saudi turut mengumumkan bahawa bermula 1 Ogos ini,  vaksinasi wajib perlu dilakukan untuk memasuki institusi kerajaan dan swasta termasuk institusi pendidikan dan tempat hiburan serta bagi menggunakan kemudahan pengangkutan awam.

Pengumuman menyeluruh itu dibuat hanya beberapa hari selepas pihak berkuasa memaklumkan hanya pekerja sektor awam dan swasta yang sudah diberi vaksin dibenarkan untuk kembali ke tempat kerja.

Arahan itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan awam di media sosial yang beranggapan ia satu tindakan yang tidak patut dilakukan dan mencabul hak memilih seseorang individu. 

“Tidak dapat  melancong! Tidak dapat bekerja! Tidak dapat pergi ke tempat awam! Tidak dapat belajar malah tidak dapat membeli makanan!”,” tulis seorang pengguna Twitter. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI