fbpx

Aku dah penat tanggung kerugian bisnes – Altimet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALTIMET mengakui terlalu letih untuk menghadapi musim pandemik Covid-19 yang berlarutan sejak tahun lalu.

PETALING JAYA – Selepas lebih setahun negara berusaha mengekang penularan wabak Covid-19, penyanyi dan juga komposer Altimet mengakui dia sudah berasa pada fasa memenatkan berdepan dengan pandemik tersebut.

Menerusi satu hantaran berbentuk luahan hati dalam Instagramnya, pemilik nama sebenar Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad itu berkata dia sudah banyak berkorban mengetepikan kehendak peribadi demi kebaikan semua.

“Aku dah penat. Kami dah penat. Setahun lebih kami ikut peraturan. Kehendak peribadi letak tepi untuk kebaikan semua. Mahu negara kita pulih balik kalahkan pandemik ini.

“Aku dah penat tanggung kerugian bisnes aku. Aku tak sanggup tutup sebab berapa ramai kawan-kawan aku kena lepaskan jadi penganggur.Aku dah penat beli barang niagaan kawan-kawan industri hiburan yang terpaksa berniaga sebab tidak ada job (kerja),” luahnya dalam Instagram.

Ekoran Covid-19 juga, Altimet juga memberitahu bahawa dia juga kasihan melihat anak-anak apabila tidak dapat bersosial disebabkan sesi persekolahan yang ditutup.

“Aku penat nak jelaskan pada anak-anak kenapa dia tidak dapat bermain dengan saudara-mara dia, kawan-kawan dia.

“Aku kasihan pada anak-anak sebab perkembangan sosial dan persahabatan mereka terbantut kerana tidak pergi ke sekolah,” katanya.

Ekoran itu pelantun lagu Amboi tersebut berharap pihak atasan tahu bahawa dia dan juga masyarakat sudah penat dengan situasi semasa yang melanda negara pada hari ini dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kami tetap ikut saranan dan SOP yang ditetapkan walaupun kami penat. Kita jaga kita,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI