PENYANYI Rihanna saat ini didakwa sedang menjalinkan hubungan cinta dengan rapper terkenal, A$AP Rocky.
Biarpun tanpa pengesahan rasmi, Rocky akhirnya bersuara tentang khabar angin tersebut.
Dalam satu kenyataannya, Rocky menyebut bahawa pemilik jenama kosmetik Fenty itu adalah satu-satunya kekasih hati dalam hidupnya.
Akui Rocky juga, kehidupannya semakin baik selepas kehadiran Rihanna.
“Semua jadi lebih baik saat kamu memiliki satu-satunya orang yang dicintai. Dia (Rihanna) mungkin satu dalam sejuta,” ujarnya kepada majalah lelaki GQ.
Khabar tentang kehangatan hubungan kedua-dua penyanyi timbul selepas mereka dilihat bercuti bersama-sama dan saling berpegangan tangan ketika berada di Barbados.