fbpx

6,509 kes baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jumlah kes Covid-19 hari ini.

PUTRAJAYA – Sebanyak 6,509 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 518,600 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan angka tertinggi sebanyak 2,049 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 530 kes dan Kelantan sebanyak 451 kes.

“Seterusnya, Kuala Lumpur dan Johor (masing-masing 468 kes), Pulau Pinang (384 kes), Kedah (348 kes), Melaka dan Negeri Sembilan (329 kes), Terengganu (263 kes), Pahang (257 kes), Perak (231 kes) dan Sabah (184 kes), LabuAn (171 kes).

“Putrajaya pula dengan 40 kes dan Perlis sebanyak tujuh kes baharu,” katanya pada ciapan Twitter beliau di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI