fbpx

61 kematian direkodkan, tertinggi setakat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 61 kes kematian Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara ini mencecah 2,309 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes harian pula mencatatkan sebanyak 6,509 kes dengan jumlah kes positif Covif-19 sebanyak 518,600 kes.

“Selain itu, kes aktif dengan kebolehjangkitan mencecah 60,018 kes termasuk 711 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 369 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat 3,452 kes sembuh manakala jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 456,273 kes,” katanya pada ciapan Twitter beliau di sini hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI