fbpx

24 warga asing berpesta dadah di bilik hotel ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara warga asing yang ditahan dalam dua serbuan berasingan sekitar Dang Wangi, semalam.

PETALING JAYA – Seramai 24 individu warga asing ditahan dalam dua serbuan berasingan selepas disyaki berhibur sambil menghisap dadah di dua buah hotel di sekitar Dang Wangi, Kuala Lumpur semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesemua yang ditahan terdiri daripada 19 lelaki dan lima wanita berusia 24 hingga 40 tahun.

“Siasatan awal mendapati, mereka menyewa bilik-bilik di hotel berkenaan untuk berhibur sambil menghisap dadah.

“Seramai 16 yang ditahan merupakan pelajar kolej manakala selebihnya adalah pelancong dan pekerja di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, hasil ujian saringan awal mendapati, 12 daripada mereka positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

“Polis merampas ganja ketika serbuan. Kesemua mereka direman selama 14 hari bermula hari ini.

Orang ramai diminta untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti pengedaran, penagihan dadah dan parti liar di sekitar Dang Wangi dengan menghubungi talian 03-26002222, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1956/63 dan Peraturan 9, Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit(Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI