fbpx

Tergamak pukul dan ugut ibu kerana air tangki habis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

 

TELUK INTAN – Seorang wanita bertindak biadap apabila tergamak memukul ibu kandungnya hanya kerana berang tidak dapat mandi selepas air simpanan di dalam tangki habis.

Kejadian pada pukul 8.30 malam di Taman Intan Mas di sini semalam menyebabkan mangsa berusia 54 tahun cedera selain calar dan bengkak di jari, pipi dan mata.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian bermula dengan pertengkaran mulut apabila suspek berusia 30 tahun memarahi ibunya selepas air simpanan di dalam tangki habis menyebabkan dia tidak boleh mandi.

Katanya, suspek yang menuduh ibunya sengaja mencari pasal telah bertindak menolak dan menunjal kepala wanita itu selain menendang di kiri dan kanan paha mangsa.

“Suspek juga telah memukul muka dan jari manis tangan kanan ibunya sebanyak dua kali sehingga jari tersebut bengkak.

“Kejadian di ruang tamu itu turut disaksikan adik perempuan suspek berusia 17 tahun di mana dia mengugut mereka dengan mengatakan; jangan sampai ada yang mati di tangannya,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa yang cedera telah dirawat di Hospital Teluk Intan sebelum membuat laporan polis hingga membawa kepada tangkapan ke atas suspek pada pukul 2 pagi, hari ini.

Katanya, semakan mendapati, suspek yang tidak bekerja sejak diberhentikan pada tahun 2014 tidak mempunyai rekod lampau berkaitan dengan kesalahan jenayah. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI