JAKARTA – Keterujaan seorang individu menyertai perarakan menyatakan sokongan terhadap Palestin di Indonesia mengundang tawa dalam kalangan netizen apabila tersalah membawa bendera negara lain, lapor Suara.com, semalam.
Gambar seorang pemuda dari arah belakang dirakam memegang bendera negara Itali yang memiliki warna serupa dengan bendera Palestin telah dimuat di laman Facebook bernama Rifan Ananta.
Menerusi keterangan ada gambar, pemilik akaun menasihati netizen agar memeriksa barangan yang ingin dibawa semasa menyertai apa-apa perarakan agar tidak timbul salah faham.
“Niat menyertai perarakan menyokong Palestin itu sudah bagus tetapi mohon diperiksa barangan yang mahu digunakan supaya bersesuaian dengan tema.
“Saya tidak kisah anda mahu bawa plakad, baju atau apa sekalipun berkaitan Palestin namun mohon jangan salah bendera,” tulisnya.
Sehingga kini, status tersebut meraih tanda suka sehingga lebih 2,000 dan menerima pelbagai komen daripada netizen.
“Ini mahu ikuti perarakan Palestin atau perarakan Piala Dunia?,” komen seorang pengguna media sosial. – Agensi