fbpx

Rugi RM40,000 ditipu dua ‘pegawai kerajaan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Seorang ahli perniagaan di Kepala Batas di sini berputih mata apabila wang sebanyak RM40,000 lesap dipercayai akibat ditipu sindiket Macau Scam baru-baru ini.

Mangsa berusia 55 tahun itu dikatakan terjerat dalam penipuan itu selepas menerima panggilan daripada individu yang mendakwa dirinya pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa disyaki mangsa penipuan penyamaran sebagai pegawai kerajaan menerusi panggilan telefon.

“Menurut ‘pegawai’ LHDN itu, mangsa didakwa mempunyai tunggakan cukai syarikat sebelum panggilan berkenaan disambung kepada individu lain kononnya pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

“Mangsa dimaklumkan oleh ‘polis’ berpangkat Asisten Superintendan itu bahawa dia juga telah terlibat dalam beberapa kes jenayah seperti dadah, ah long dan scam,” katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy menambah, mangsa yang panik selepas mendengar dakwaan itu tanpa berfikir panjang telah mengikut arahan pemanggil itu supaya namanya dibersihkan daripada rekod polis.

“Dia diminta memindahkan wang ke akaun bank yang diberikan bagi tindakan tersebut.

“Mangsa memindahkan wang RM40,000 ke dalam dua akaun bank yang diberikan suspek,” katanya.

Noorzainy berkata, mangsa bagaimanapun menyedari dia ditipu selepas memaklumkan hal itu kepada anak lelakinya dan tampil membuat laporan polis semalam.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI