fbpx

Pegawai Perikanan didakwa lagi terima suapan lulus tender adik ipar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, Mohd. Rafi (kiri) mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan menerima suapan berjumlah RM31,425 dua tahun lalu di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Selepas didakwa menyalahgunakan kuasa dengan meluluskan tender pembekalan tangki akuakultur kepada adik iparnya baru-baru ini, seorang Pegawai Perikanan sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan menerima suapan berjumlah RM31,425 dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Rafi Hassan, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dihadapan Hakim Zaman Mohd. Noor.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh sebagai Ketua Cawangan Akuakultur di Pejabat Perikanan Negeri Kelantan ketika itu didakwa menggunakan jawatan untuk mendapatkan suapan dengan meluluskan tender kerajaan kepada syarikat adik iparnya iaitu YY Indah Enterprise bagi membekal dan menghantar benih 1,000 ekor ikan kerapu hibrid bernilai RM6,900.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menerima suapan meluluskan tender kerajaan atas nama pembekal yang sama bagi membekal dan menghantar hormon pembiakan ikan, hormon ovaprin 10 mililiter bernilai RM7,500 ke Pusat Pengembangan Akuakultur Machang.

Bagi pertuduhan ketiga, Mohd. Rafi didakwa menerima suapan dengan meluluskan tender kerajaan atas nama pembekal yang sama bagi membekal makanan hidup kepada rega ikan ternakan (Artemia) bernilai RM15,800.

Menurut pertuduhan keempat, tertuduh didakwa meluluskan tender kerajaan bagi membekal dan menghantar hormon overprim bernilai RM725 kepada seorang penternak ikan air tawar.

Pertuduhan kelima, tertuduh dakwaan meluluskan pesanan kerajaan membekal makanan ikan Artemia International kadar penetasan 80 peratus dengan berat 425 gram bernilai RM500 kepada seorang penternak ikan hiasan di sini.

Kesemua kesalahan itu dilakukan oleh tertuduh di Pejabat Perikanan Negeri Kelantan pada 22 Januari hingga 19 April 2019.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI