fbpx

Nilai 3 milik Selangor sebab Neelofa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TULAR dalam media sosial mengenai andaian bahawa daerah Nilai 3 sudah kini di bawah negeri Selangor.

PETALING JAYA – Gara-gara pasangan selebriti sensasi Neelofa dan Haris Ismail tidak didakwa atas kesalahan rentas negeri, netizen hari ini mula membuat spekulasi bahawa lokasi beli-belah terkenal Nilai 3 berada dalam Selangor.

Perkara tersebut hangat diperdebatkan netizen dalam media sosial sejak semalam.

Rata-rata membuat andaian Nilai 3 yang sememangnya terletak dalam Negeri Sembilan kini bertukar milik kepada Selangor kerana polis tidak mendakwa Neelofa dan Haris yang merentas negeri ke sana untuk membeli karpet.

“Sekarang ini Nilai 3 menjadi rebutan Negeri Sembilan dan Selangor, siapa yang layak?

“Kerana Neelofa, Nilai 3 sudah bertukar negeri. Luaskan jajahan mu!,” seloroh seorang netizen dalam Twitter.

Tidak cukup dengan itu, sebuah akaun Twitter milik @JurnalMil turut memuat naik sekeping poster yang meletakkan titik kawasan Nilai 3 dalam kawasan negeri Selangor.

“Geografi baru, Nilai 3 di bawah negeri Selangor,” tulis pemilik akaun Twitter tersebut.

Antara foto tular yang melabelkan Nilai 3 milik Selangor.

Sehingga kini, perkara tersebut menjadi bahan gurauan netizen kerana tidak menyangka sebuah kawasan boleh berubah negeri hanya kerana seorang selebriti.

Untuk rekod, pada 21 Mei lalu, Pejabat Peguam Negara membuat keputusan tidak mengenakan tuduhan rentas negeri terhadap Neelofa dan Haris.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Fazley Ab Rahman, berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan kajian dan keterangan yang diperoleh berhubung kes berkenaan.

Pada 2 Mei lalu, tular sekeping foto memaparkan Neelofa dan Haris berada di sebuah kedai karpet dipercayai terletak di Nilai 3. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI