fbpx

Neelofa, antara populariti, SOP, sikap dan ketaksuban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA

ANDA mungkin pernah mendengar istilah, 1,000 kebaikan yang pernah dilakukan akan sirna dengan satu kesalahan yang menerpa.

Bukan berniat untuk melaga-lagakan sesiapa tetapi lebih kepada ingin memberi peringatan kepada orang ramai bahawa kalau kita dikurniakan rezeki pengaruh dan kuasa, itu adalah satu amanah daripada Allah SWT untuk menjadikan dunia sebagai satu penempatan yang lebih aman serta makmur.

Sekali lagi dunia hiburan tanah air dipalu dengan kisah selebriti sensasi Neelofa yang memercik kontroversi apabila bukan sekali atau dua, tetapi entah sudah berapa kali didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP).

NEELOFA dan Haris mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan gagal mematuhi SOP PKPB.

Bukan ingin menghentam membuta-tuli jauh sekali menjadi batu api, namun Neelofa atau nama lengkapnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, yang membawa imej muslimah harus lebih sensitif dengan persekitaran.

Lebih-lebih lagi, pada ketika ini, semua orang sangat-sangat terkesan dengan kes penularan Covid-19 yang mencanak naik saban hari dan semakin membimbangkan.

Ada yang hilang pekerjaan, tidak sempat kucup dahi orang tua buat kali terakhir akibat nyawa direnggut wabak maut tersebut dan bermacam-macam lagi episod duka lain yang memenuhi ruang media sosial.

Sebenarnya, bukan Neelofa seorang sahaja yang melanggar SOP. Ramai lagi selebriti lain yang tidak patuh dengan saranan kerajaan.

Cuma disebabkan isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu paling popular, memiliki pengikuti paling ramai dalam media sosial dan barangkali selebriti paling berjaya (dibaca: kaya) di Malaysia, cukup mudah akar bernaskan fitnah dan tanggapan yang datang daripada bibir-bibir netizen menghempap dirinya.

Masih ada ramai, sokong

Pun begitu, dalam ramai membenci, tetap ada yang sayang. Mungkin dalam kekhilafan yang dilakukan, mantan pengacara MeleTOP itu berada dalam situasi atau lokasi yang salah. Natijahnya, tidak menjaga langkah, dia tersepit lalu ‘memakan’ dirinya.

“Palestin dan Neelofa ada satu persamaan. Palestin ditindas atas tanah sendiri. Neelofa pun sama, dibuli dan dimaki atas tanah tumpah darah sendiri.

“Perbezaan? Palestin ditindas oleh bangsa Israel, tapi Neelofa dibuli dan dimaki oleh saudara seagama. Wallahualam,” tulis pengendali akaun Instagram peminat pengacara asal Pasir Mas, Kelantan itu, @lofa.page.

Terlampau taksubkah dengan artis kesayangan sehinggakan kenyataan tersebut ditularkan netizen yang rata-ratanya menghentam. Mereka tidak bersetuju apa yang terjadi kepada Neelofa disamakan dengan isu di Palestin. Dua kisah dan situasi yang berbeza.

Di sebalik kacau-bilau kisah keluarga Neelofa melanggar SOP hari raya, perhatian tertumpu pada laporan penyanyi antarabangsa terkenal, Ariana Grande yang akhirnya berkahwin dengan lelaki pilihannya pada 17 Mei lalu.

ARIANA GRANDE bersama suaminya.

Menariknya, walaupun merupakan manusia paling popular dengan memiliki 238 juta pengikut dalam Instagram dan mempunyai kekayaan berjumlah $AS180 juta (RM756 juta), pelantun lagu Thank U Next itu mengadakan majlis perkahwinan dengan menjemput seramai hanya 20 orang tetamu terdekat.

Inferens yang dapat disimpulkan, bandingkan majlis perkahwinan Neelofa yang menyebabkan netizen ‘mengamuk’ kerana beberapa kes pelanggaran SOP terjadi pada hari bahagianya.

Tepuk dada, tanya selera. Walaupun dada kita sekarang terisi dengan perbagai keresahan dan kekecewaan. Semoga apa yang berlaku dijadikan pengajaran buat semua. Teruskan berdoa agar kita semua segera terhindar daripada bala Covid-19 yang semakin mengganas ketika ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN