fbpx

Nasi di Kedah lebih sedap, alasan lalu lorong tikus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa individu diperiksa di laluan tikus di sempadan Pulau Pinang-Kedah di Tasek Gelugor hari ini.

SEBERANG PERAI – Seramai 17 individu ditahan polis di sempadan Kedah-Pulau Pinang semasa operasi yang dijalankan polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di tiga laluan lorong tikus di Kampung Selamat, Tasek Gelugor di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya mengesan individu terbabit melakukan kesalahan itu semasa pemeriksaan kira-kira sejam yang bermula pukul 4 petang.

Beliau berkata, pihaknya mengesan tiga jalan tersebut iaitu dua laluan semak di sempadan Kampung Selamat-Padang Serai dan di satu jalan utama.

“Pada operasi ini seramai 15 orang didapati merentas negeri di laluan jalan tanah (semak) ini kerana tiada permit kebenaran rentas negeri, manakala dua lagi ditahan di satu lagi laluan.

“Selain itu, kita turut mengesan individu yang menggunakan surat kebenaran rentas negeri yang tidak mengikut format (yang dikeluarkan) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kita akan siasat,” katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan operasi itu hari ini.

Sementara itu, Noorzainy berkata, kebanyakan daripada mereka memberi alasan merentas negeri menggunakan laluan itu kerana mahu membeli barangan tanpa surat kebenaran.

“Ada yang dari Pulau Pinang mahu membeli nasi di Kedah kerana alasannya lebih sedap, padahal di Pulau Pinang (Tasek Gelugor) ada banyak kedai makan.

“Kita juga tidak boleh menerima alasan mahu membeli barangan keperluan sedangkan banyak kedai di Tasek Gelugor dan juga di Padang Serai (Kedah),” katanya lagi.

Beliau berkata, kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Balai Polis Tasek Gelugor di sini bagi siasatan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI