fbpx

Kerajaan tak cadang laksanakan perintah berkurung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin ketika bercakap dalam slot Bicara Khas bersama YAB Perdana Menteri di Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini.

PETALING JAYA – Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan perintah berkurung seperti yang dikuatkuasakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 kerana ia memberi kesan negatif kepada kehidupan rakyat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, masalah yang lebih besar akan berlaku sekiranya perintah berkurung dilaksanakan seperti ketidakupayaan kerajaan dan rakyat untuk memulihkan kehidupan.

Justeru, katanya, kerajaan perlu mencari suatu jalan bagi berhadapan situasi semasa, antaranya mengetatkan prosedur operasi standard (PKP) sedia ada.

“Susah tak rakyat? Susah. Bukan saya tak faham, saya rakyat biasa. Saya tak suka nak dikawal, saya nak bebas tapi tak boleh. Buat masa ini duduk sahaja di rumah supaya selamat.

“Yang kedua cari satu jalan keluar. Vaksin. Maknanya boleh (dilaksanakan perintah berkurung) tapi kesannya. Jadi kita kena cari langkah yang bijaksana supaya negara kita tak berhadapan ancaman sebegitu besar sehingga tak boleh bangkit semula selepas daripada ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada slot Bicara Khas bersama YAB Perdana Menteri di Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI