fbpx

Dua dicekup tipu ahli perniagaan RM700,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Dua lelaki dicekup selepas menipu seorang ahli perniagaan sebanyak RM700,000 dalam urusan pembelian 200,000 sarung tangan getah di Subang Jaya, semalam.

Kedua-dua suspek berusia 24 dan 31 tahun itu diberkas dalam tempoh 1 jam setengah bermula pukul 12.30 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, penangkapan mereka susulan laporan seorang ahli perniagaan yang juga sebuah pengarah sebuah syarikat swasta pada Mac lalu.

Katanya, mangsa berusia 64 tahun diperdaya dalam urusan pembelian sarung tangan sebanyak 200,000 pek dalam masa enam bulan.

“Siasatan awal mendapati mangsa mengenali salah seorang suspek daripada tiga individu dengan mendakwa syarikat tempat suspek bekerja adalah ejen kepada sebuah syarikat sarung tangan.

“Selain itu, suspek mendakwa syarikat tempatnya bekerja mempunyai pemilikan terhadap 1.2juta pek sarung tangan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kata beliau, mangsa berasa yakin apabila wakil syarikat sarung tangan itu mengesahkan perkara tersebut sebelum memasukkan RM700,000 melalui beberapa transaksi ke dalam sebuah akaun bank syarikat didakwa tempat suspek bekerja.

Shamsul Amar menambah, selepas pembayaran dilakukan didapati suspek enggan menjawab panggilan selain mangsa tidak menerima sarung tangan seperti yang dijanjikan sebelum merasakan telah ditipu suspek.

“Bertindak maklumat, polis menahan dua suspek dan merampas wang tunai berjumlah RM30,000 selain kad mesin pengeluaran automatik ( ATM ).

“Kedua-dua suspek masing-masing direman sehari dan empat hari dengan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI