fbpx

Dua beradik ulang-alik ke masjid cari internet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR HAFIZAH Ahmad Hairi (kanan) bersama adiknya, Ummi Kalsum ketika mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di kawasan masjid Kampung Mat Daling, Jerantut.

JERANTUT – Ketiadaan liputan internet di kawasan rumah menyebabkan dua beradik perempuan terpaksa berulang alik sejauh tiga kilometer setiap hari ke masjid bagi mengikuti proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Nur Hafizah Ahmad Hairi,18, yang mengikuti pengajian pra-universiti di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temin Jerantut dan adiknya Ummi Kalsum,16, yang bersekolah di Maahad As-Sultan Ahmad Shah Addiniah, Jengka di Maran berulang alik dengan motosikal dari rumah mereka di Kampung Mat Daling ke masjid kampung itu.

Nur Hafizah berkata, setiap hari dia dan adiknya terpaksa berulang alik menaiki motosikal ke masjid dengan merentasi jalan kampung dan denai berlumpur di pesisir Sungai Tembeling untuk mendapatkan liputan internet di masjid kampung itu.

“Mujurlah ada liputan internet yang agak memuaskan di kawasan masjid ini, jadi kami berdua dapat mengikuti pembelajaran yang dijalankan oleh guru berdasarkan jadual yang telah ditetapkan.

“Kami tidak mahu terlepas sesi pembelajaran yang dikendalikan guru setiap hari kerana tidak mahu ketinggalan dan ini sahaja pilihan yang kami ada walaupun berasa bimbang melalui jalan denai yang agak berbahaya,”katanya di sini hari ini.

Menurut Nur Hafizah, mereka telah meminta kebenaran daripada pihak pengurusan masjid dan menggunakan sebuah pondok terbuka di kawasan masjid bagi mengikuti PdPR dengan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Sementara itu, Ummi Kalsum berkata, meskipun terdapat Pusat Internet Komuniti di kampung itu tetapi sejak cuti sekolah pusat berkenaan dipenuhi pelajar-pelajar sekolah.

“Kadang-kadang agak sukar mendapatkan akses internet di pusat tersebut kerana taliannya agak lemah dan kami berasa lebih selesa dan selamat di sini, kami juga bawa bekalan makanan dari rumah.

“Saya dan kakak perlu berkorban untuk belajar bersungguh-sungguh bagi memperoleh kejayaan demi mengubah kehidupan keluarga kerana bapa hanya bekerja kampung dan pendapatannya tidaklah seberapa,”ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI