fbpx

Bot nelayan ditahan tangkap ikan di zon larangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot nelayan Kelas B1 ditahan selepas didapati menangkap ikan di zon larangan di perairan Bagan Datuk, lewat petang semalam.

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan pukat tunda di kedudukan lebih kurang 5.45 batu nautika barat laut Sungai Belukang di perairan Bagan Datuk, lewat petang semalam.

Menurut Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman, tangkapan itu dilakukan hasil daripada maklumat awam yang memaklumkan sebuah bot Kelas B1 menangkap ikan di zon larangan di perairan tersebut.

“Sebaik menerima maklumat, kami terus mengatur gerak bot Maritim yang sedang melaksanakan Ops Benteng dan Ops Pintas ke lokasi aduan dan telah berjaya memintas bot tersebut pada pukul 6.44 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan oleh dua kru termasuk tekong warga negara tempatan berumur lingkungan 46 hingga 54 tahun.

Jelas Shahrizan, ketika ditahan, bot tersebut disyaki sedang melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan kurang daripada lapan batu nautika di perairan berkenaan.

“Bot, kru serta tekong telah ditahan manakala 30 kilogram ikan campur dan pukat tunda telah dirampas.

“Semua tangkapan dibawa ke Pusat Tahanan Vessel (PTV) Kampung Bharu l, Sitiawan, sekitar pukul 11.30 malam tadi untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Perak bagi tindakan lanjut,” katanya.

Shahrizan berkata, Maritim Perak berterima kasih di atas maklumat yang disalurkan oleh masyarakat setempat bagi mencegah aktiviti salah laku jenayah di laut bagi kesejahteraan bersama.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI